Pages

Wednesday, September 11, 2013

10 tip pengurusan kewangan untuk pelajar uni




1
Sentiasa catat duit keluar masuk.

Catatkan aliran keluar wang pada setiap hari. Dgn ini, korang akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa. Lihat sama ada perbelanjaan yang korang keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak,korang kena kurangkan lah perbuatan tersebut.


2
Rancang belanjawan anda sendiri.

Dgn wang sedia ada, korang rancang belanjawan sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang utk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih. >.<



3
Simpan resit bagi setiap pembelian.

Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, korang akn ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, trace kembali di mana wang korang di gunakan.
(sy slalu guna cara ini sampai resit jadi lunyai.. :D )
 

4
Simpan wang yang tidak di gunakan.

Jika tidak ada keperluan untuk guna wang, simpan sahaja becoz dunia pelajar penuh dgn kejutan. Kadangkala ada aje perkara yg perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sbgainya. Utk keselamatan,korang simpan aje wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat. >.<


5
Elakkan hutang.

Jangan berhutang utk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna korang akn berbelanja lebih drp kemampuan. Berhutang akan jadi beban bila pemberi hutang mula menagih hutang dari korang.
(kalo pemberi hutang tu kaya oke kot..ngehh3..jimat laa weyy)

6
Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.

Di sbb kan korang tgh belajar  segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama sem, korang selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.


7
 Elakkan dari ikut kawan2 yg ada duit yg banyak.

Dah tahu xde duit, pastu dah la minjam ptptn pulak..so jangan laa ikut kawan2 korang yg banyak duit atau mereka yang boros a.k.a anak datuk xtahu asal usul tu..:D Takut 2 nanti korang turut terikut boros berbelanja.
(macam sy..kuat boros tp xkaya oke..hehe..dulu2 jep boros.. skarng idokk :D)


8
Sertai aktiviti kampus.

Utk uruskan wang, korang perlu loo ada disiplin yg kuat. Utk mengajar apa itu erti disiplin,korang boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dngn aktif dlm persatuan , kelab dan sbgainya.


9
Beli barangan yg korang rasa akan guna aje.

Jika korang tidak gunakan barang tersebut spt barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan korang ini hanya akan membazir wang aje
(beli kt kdai rm2 blh kott skali skala..ngehh3)


10
 Amalkan hidup sihat.

Berhenti merokok & makan makanan yg tidak sihat. cth:cekedis..Jaga kesihatan dgn bersenam supaya korang tidak akan sakit dan wang utk kesihatan korang tu dapat bg pd ak..hahah..oke gurau..dapat dikurangkann...



oke ini shj..semoga bermanfaat untuk korang yea.. :)
p/s 1:yg bukn pelajar uni pon boleh try tips2 ini.. ^^
p/s 2: ada jugak antara2 tips2 ney yg ak xguna >_< 


Sumber
Diolah oleh Cik Wanie

9 comments:

Faariis said...

heehe. bagus tips2 ni. tapi da komen, bleh la bgi tip sikit. haha

kay said...

faariis: xpaham laa..hahaha.. :/

Faariis said...

hahaa. kalau xpaham xpe lah. wat2 xtahu je.

kay said...

fariis:oke..tp tip tu bukn ke duit?..xpelah..haha..abaikan

Fais-SKA said...

bagus tips ni =) kbnyakannya ada yg sy xpnh bt..tp alhamdulillah masih lg berjimat cermat..no9 tu ssh skit bg sy..he3..kalau dah nafsu nak...kdg2 kalah juga :D

Unknown said...

Tips yg bagus... :)
hutang study...kalau org kaya xpela yuran byr sndiri...huhuhu

kay said...

ska: hehe =)
kak husna: tw xpew.. :D
thanks

Miza Idgihat said...

Tips ni bukan sekadar digunakan di uni sahaja. Kat sekolah pun boleh guna. Hohoho ^_________^

kay said...

taw xpew cik chokie.. :)