Pages

Wednesday, September 11, 2013

OWNER




PERSONAL DETAILS:
Pada 27 May 1993 maka lahirlah seorang puteri yang comel(perasan) diberi nama Nur Khairiah Irwanie.. puteri ini telah di bintikan dengan nama ayahnya iaitu Ibrahim dan telah didaftarkan kelahirannya di Jerantut. Mempunyai seorang mak yang sangat cantik diberi nama Norhadiza.

Berasal dan membesar di Jerantut,Pahang. Mempunyai 3 orang adik beradik..seorang abang dan seorang adik lelaki dan saya merupakan anak yang kedua.


EDUCATION LEVEL:
Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Perumahan Banjir pada usia 5 tahun dan terus melanjutkan pelajaran daripada Pra-sekolah hingga ke darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Teh. Dengan hanya memperoleh keputusan upsr 2a3b sy akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut..hehe..meneruskan pelajaran hinggalah ke tingkatan 3 di sekolah yang sama tetapi apabila keputusan pmr telah keluar,sy berasa kecewa yang teramat sangat akibat kemalasan diri sendiri yang bertingket2 sy hanya memperoleh keputusan pmr sebanyak 4b3c1d. Tetapi saya juga bersyukur sangat2 walaupun mendapat result yang teruk tapi sy masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 & 5.. Dengan usaha yang gigih tanpa mengenal erti penat dan jemu akhirnya sy berjaya menghabiskan tingkatan 5 saya dengan mendapat keputusan spm sebanyak 6a3b1c. Berjaya ditawarkan pelajaran ke UITM Jengka,Pahang tetapi sy lebih memilih untuk masuk ke tingkatan 6 pada ketika itu di sekolah yang sama. Pada awal tahun 2013 telah keluarnya result stpm yang akhirnya saya berasa sangat sangat dan sangat kecewa kerana hanya memperoleh keputusan yang teruk. Dengan rasa kecewanya saya terus balik kerumah dan menangis terguling2 di dalam bilik tanpa memikirkan orang disekeliling..hehe.. Sekali lagi saya berasa kecewa apabila keputusan upu kali pertama telah dikeluarkan tetapi saya tidak berjaya ditawarkan di mana-mana universiti di Malaysia ini. Dengan perasaan yang kecewa + sedih + cemburu kerana ramai kawan-kawan saya yang update status di FB mereka kerana berjaya mendapat tempat di universiti, akhirnya saya telah membuat keputusan untuk membuat rayuan upu dan dari detik itulah telah terhasilnya penubuhan blog ini.. dimana dahulu blog ini diberi nama nurkhairiahirwanie.blogspot dan sekarang telah ditukar namanya kepada catatanhati93.blogspot.com. (dah macam sejarah penubuhan blog pulak..hahahah). Apabila keputuan upu kali kedua telah dikeluarkan ahirnya saya berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Kelantan. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk belajar. and here i am! sudah 2 tahun berada disini dan InshaAllah lagi 2 tahun saya akan menghabiskan pembelajaran disini. =)

Update 1 july
Alhamdulillah, Wanie sudah berjaya menghabiskan pembelajaran di UMK..dah habis praktikal pun.. haritu Wanie praktikal di Marissa Aesthetic & Wanie akan sambung kerja di sana dulu sementara menunggu tarikh graduasi😁


AMBITION:
Impianku bila dah grad nanti nak kerja sebagai pendidik(update*mungkin terpaksa dilupakan..haha😂) dan membuka sebuah perniagaan. InshaAllah..doakan ye! =)


START BLOGGING:
11/07/2013

6 comments:

Cik Aza said...

sy pon xsuka org tegur depan2 yg seakan memalukan sy, huh xsuka sangat ! hihi emosi plak tetiba, haha

kay said...

mawar rindu:hehe..sabar2.. :D
sy pon sama..bg sy..kalau org tu btl2 ikhlas nk tegur kiter dye xkan tegur kt depan2 org ramai kan?...byk cara dye blh guna untk sampaikn teguran tu pd kita...kan3....hehe..pnjg pulak sy mmbebel ney..:D

Cik Aza said...

haha betul2.. disebabkan kita tak suka org wat mcm tu kt kita, so kita pon xbolh la wat mcm tu kat org kan? baru fair n square :D

kay said...

yes dear..u are right.. =)

Time Traveller said...

fitrah kejadian manusia mmg begitu..
kadang2 ada terkasar bahasa.. tersilap kata etc.. dan terbaik bila memohon maaf .. bagus la :D

Salam Kenal :D

kay said...

taw xpew..mintak maaf kpd seseorg x rugi pon kan?? =)

salam kenal jgk :)