Pages

Friday, January 22, 2016

Murtabak maggi

Murtabak maggi| Assalam guys.. hari ini Wanie nak share 1 resepi.. So far resepi nie agak Wanie kenal masa tinggal kat Kelantan nie.. bahan dia senang dan kos pon agak murah..

Bahan2:
1 paket maggi perisa kari(tak kisah jenama apa)
Hotdog (Untuk topping blh letak suka hati..fishball ke ayam ke) suka hati korang
2 biji telur ..Wanie guna gred D.. Kalau guna gred A guna sebijik je ye

Cara2:
1) Rendam maggi dan hotdog dalam air panas sampai masak.
2) Dah siap..angkat dan tos kan. Letak dalam mangkuk
3) Potong sosej ..ekot suka hati nak bentuk macam mana..nak panjang2 dan bulat xde masalah
4)Letak sosej yang dah siap dipotong ke dalam mangkuk maggi dan letakkan perencah kari maggi
5)Gaulkan sampai sebati dan pecahkan telur ke dalam mangkuk dan gaulkan lagi.. bagi sampi sebati ye bahan2 tadi
6)Panaskan kuali..letak sedikit minyak dan mula menggoreng.. Digalakkan untuk menggunakan kuali leper..kalau xde hentam jelah yg mana2 pon
7)Masukkan maggi yang sudah digaul tadi..pastu tekan2 sedikit bagi dye berbentuk petak..nak bentuk bulat pon xde hal..hehe.. 

Selepas itu,agak2 bahagian bawah dah masak..korang terbalikkan maggi tu bagi bahagian sebelah pulak yg masak.. Done!

Tahniah.. Murtabak maggi anda sudah siap..hehe..



Boleh potong kpd 4 bahagian.. makan 1 slice shj pon dah kenyang.. Alhamdullilah..

Monday, January 18, 2016

Cheezy krunchy roti sandwich

Cheezy krunchy roti sandwich| Assalamualaikum semua..lama tak update blog..maklumlah cuti sebulan di rumah..Sekarang pon Wanie masih dalam mood percutian.. InshaAllah awal bulan 2 baru balik semula ke Kelantan.. kalau ada kalangan blogger atau bukan blogger yg nk meet..together gether Whatsapp je wanie k.. kita jumpa2 berkenalan..hehe..

Hari ini Wanie nak share resepi roti sandwich.. tapi yang mana tengah diet tak boleh buat sbb resepi ini boleh menyebabkan berat anda naek berkilo kilo..hehe.. oke Wanie gurau je.. Wanie dapat resepi nie daripada kawan.. so far oke lah.. sedap..barang2 pon mudah cari dan murah je :)

Bahan2 yang diperlukan:
Roti sandwich
Sos cili
Cheese keping.. Wanie guna jenama Beqa perisa blackpaper
Mayonis
Sosej.. boleh guna bahan2 yg laen spt bebola dll.. sbb kat rumah ad yg ini,jadi Wanie guna ini sahaja untuk topping.

Cara2:

Mula2 potong sosej halus2..nak buat bentuk bujur ke bulat ke..boleh shj..suka hati.. Lepas itu letak 1 sudu minyak dan goreng sosej dalam kuali.Dah siap..angkat sosej tu letak dalam bekas.

Kalau suka makan pedas..potong lada kecil2 dan goreng sekali dgn sosej.

Selepas itu.. ambil sekeping roti dan letakkan sos..ratakan macam gambar di bawah.

Kalau suka sos blh letak lebih..suka hati..

Selepas itu.. bahagikan cheese kepada 4 bahagian dan susun mcm dalam gambar di atas.. kalau malas boleh je letak sekeping cheese atas roti tu..hehe.. tapi Wanie buat macam ini supaya cheese tu cair ke seluruh roti.. kalau rajin carik carikkan cheese dan tabur je bagi rata atas roti.. :)

Selepas itu letakkan sedikit mayonis dan ratakan..kalau suka lebih letak banyak sedikit.

Taburkan sosej yg digoreng tadi..ratakan..

Ambil sekeping roti dan letak atas.. mcm ini

Selepas itu..ap lagi..bakar lah roti tu..Wanie bakar atas kuali je..hehe..mudah dan cepat.. bukak api sederhana kecil.. dan terbalikkan roti bila bahagian bawah tu dah masak..

Taraa.... dah siap..yummmyyy..

Ambil masa 5 minit je nak buat roti sandwich ini..
Good Luck :)

Monday, January 11, 2016

Petua menghilangkan jerawat di muka

Petua menghilangkan jerawat di muka| Assalamualaikum guys.. seterusnya Wanie nak share petua untuk menghilangkan or mengurangkan jerawat di muka. So far Wanie dah cuba petua ini selama 3 bulan dan Alhamdulillah jerawat kat muka semakin berkurangan.. muka Wanie ney jenis berjerawat di bahagian tertentu shj spt di dagu dan atas bibir. so jangan pelik sangat ye kalau nampak gambar2 lama saya xde jerawat.. actually ada je.. tp xberapa nampak sbb cover dengan foundation.. hahah..


gambar Google

Rasa stress kan bila jerawat naik mencanak2 kat muka??

Oke jom ikut petua ini... petua ini Wanie dapat daripada roomate Wanie.. so far memang ada hasil bila try ini.

Bahan2:
Air
Soda Bikorbanat

Cara2:
1)Cuci muka anda sebersih-bersihnya
2)Letakkan sedikit soda bikarbonat ke atas tapak tangan
3)Letakkan sedikit air ke atas soda
4)Gaulkan dia dan biarkan sebati.. jangan terlalu cair or terlalu keras oke.
5)Gosok secara perlahan2 ke atas tempat yang ada jerawat.. nak sapu atas 1 muka pon xde masalah oke. lepastu buatlah sedikit urutan keatas muka.. ala2 pakai masker gitu.. kekeke..
6)Biarkan dalam 10/15 minit lepastu terus cuci muka.. done.. rasa segar gitu lepas buat tu..

Amalkan 2x seminggu or masa ada jerawat naik je.. 
Jangan amalkan selalu ye sebab takut kulit jadi nipis..hehe..

IKHTIAR, DOA dan TAWAKAL. =)
Good luck!

Petua mengecilkan liang pori-pori terbuka di wajah

Petua mengecilkan liang pori-pori terbuka di wajah| Assalamualaikum guys.. hari ini Wanie nak share tips kecantikan walaupun diri ini tak cantik.. tengah2 belek muka di cermin tiba2 baru perasan yang muka Wanie ada sedikit liang2 pori yang terbuka. seram sehhh tengoknya.. hahah..
Oke apa lagi.. terus Wanie guna bantuan Mr. Google untuk mengatasi masalah ini.. so kalau korang nak cuba boleh lah cuba try test..hahah



grrr... banyak giler liang pori gambar kat ats ney.. muka kita xde lah banyak sangat ini oke.. liang pori hanya ada di sekitar tepi hidung je, mintak2 jangan membiak! kekeke.. (ayat sedapkan hati)

Bahan2:
Air suam
Lemon
Tuala muka bersih
Ais

Cara2:
1)Letakkan air panas kedalam semangkuk air dan stimkan muka anda.
2)Perahkan air lemon ke atas tuala muka dan sapukan secara lembut
3)Letakkan ais ke dalam tuala dan dap dap kan ke atas muka secara perlahan2.

Amalkan 2x seminggu.
Done!

Wanie dah try aritu memang rasa selesa sangat kat muka bila kita stimkan muka dengan air panas.. INGAT TAW! STIM DENGAN AIR PANAS.. BUKAN BASUH MUKA DENGAN AIR PANAS YE.. !

Cara lain..?? Mungkin boleh amalkan vitamin c untuk kulit gebu gebas. =)
InshaAllah.. yang penting sekali IKHTIAR, DOA dan TAKAWAL! =)

Tuesday, January 5, 2016

Semakan keputusan MUET November 2015

Semakan keputusan MUET November 2015| Assalam guys.. sesiapa yang ada mengambil MUET untuk sesi November 2015 , anda sudah boleh untuk check result.





Atau boleh juga check melalui handphone anda


MUET <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN
HANTAR KE 15888


GOOD LUCK!

Tahun depan baru Wanie akan ambil MUET buat kali keduanya.. mohon doakan agar saya dan rakan2 mendapat keputusan yang cemerlang yea..mintak2 lepas band 3 je..aminn...hehe =)