Pages

Saturday, May 23, 2015

Program Anak Angkat BAKSISGAAL di Pasir Puteh,Kelantan




Program Anak Angkat BAKTI SISWA (BAKSIS) | Hai Bloggers, pada 14,15,16 & 17 hari bulan yang lepas telah berlangsungnya program anak angkat yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan GAAL. Alhamdulillah program itu telah berjalan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada anak-anak PT3 & SPM di SMK GAAL yg secara sukarela mengambil kami sebagai kakak/adik/anak angkat di rumah mereka.


Hari pertama 14 May 2015.
Pada pagi hari tersebut ada sesi pendaftaran di kolej kediaman dan selepas itu kami bertolak ke SMK GAAL.. Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah.



Apabila tiba disana ada sesi penyerahan anak angkat. Sebenarnya sy berasa agak sedih semasa sesi ini dijalankan kerana nama saya tiada dlm senarai penyerahan anak angkat.. Actually ad lg berbelas2 orang yg xde nama..hehe.. mungkin ada kesilapan teknikal disitu.. akhirnya kami yang tiada ibu bapa angkat ini diminta untuk berkumpul di khemah dan pembahagian anak2 angkat kepada ibu bapa angkat pon bermula.. sudahlah masa itu sy sorang2 xde kawan sbb kawan2 saya yang lain semuanya telah mendapat ibu bapa angkat mereka.. 

Sedih kan?? Sob sob sob..hehe..  selepas beberapa minit kemudian akhirnya saya pon mendapat keluarga angkat kerana keluarga angkat saya telah menolak anak-anak2 angkat yg mereka terima semasa sesi penyerahan td.. sebabnya ketiga2 anak angkat itu ialah lelaki.. diaorang nak anak perempuan,.. 



Selepas dah ada keluarga angkat semua maka kami pon pulanglah kerumah masing-masing dengan perasaan gembiranya. heee


Petang itu.. sampai je kat rumah kami terus solat asar dan berlari2 anak keluar rumah sebab nak tengok pemandangan sawah padi..hehe.. masa dalam kereta otw nak balik dah excited dah sebab ayoh cakap rumah dekat dengan sawah padi..hehe.. rumah betul2 kat depan sawah padi.. sungguh indah pemandangan ini.


Kuasa ALLAH s.w.t. kami nampak pula pelangi.. sungguh tenang suasana sebegini =)


Hari Kedua 15 May 2015.
Pagi itu ada pertunjukan gasing oleh pakcik2 gasing yg berpengalaman.. selepas itu ada bengkel pengurusan pusat sumber dan pada petang itu ada acara treasure hunt.. memang enjoy haritu.




Gotong royong sekitar kawasan SMK GAAL

Muka orang penat selepas acara treasure hunt..hehe



Hari Ketiga 16 May 2015.
Pada hari ketiga ini telah berlangsungnya aktiviti seperti Senam robik, membersih surau, sukan rakyat pada petang tersebut dan malam itu ada malam seni warisan. Saya join event pada pagi itu je pastu masa tengahari itu terus balik ke rumah mak angkat.. balik2 solat dan tolong mek masak tengahari.. aktiviti pada malam itu saya x pergi sebab malas,,hehe..




Petang itu bosan2 dok dalam bilik je pastu keluar kejap tolong kerat daun pandan..hehe..

Selepas itu, saya ikut adik dan ayoh pergi ke sekolah SMK GAAL untuk ambik kawan angkat yang lagi seorang kat sana.. lepas pada tu pergi makan roti canai kat restoran bamboo.. kat tempat sy biasanya makan roti canai pada waktu pagi shj tetapi kt kelantan ney lain sedikit.. setiap masa blh makan roti canai..hee



Malam itu masa di rumah mak angkat, mek bagi rasa cendol yang dia buat.. untuk pengetahuan mek dan ayoh saya buat perniagaan cendol.. memang sedap sangat3..rugi kalau xcuba.. dah la cendol dye besar2.. kalau kat tempat saya jangan haraplah nak dapat cendol besar2 macam itu..hehe


Kalau berminat nak tempah cendol hubungi nombor ini ye
019-9057626 (Ayoh Bakri)

Muka orang happy dapat makan cendol..hehe


Muka Over..hehehe


Hari terakhir 17 May 2015.
Pada pagi itu kami terus bersiap2 bawa beg ke SMK GAAL.. Antara program pada hari tersebut ialah gotong-royong kenduri dan majlis penutupan pada tengahari tersebut..
Terima kasih Yayasan A-Zahra kerana menyumbang seekor lembu pada hari tersebut.






Selepas itu, kami bersiap-siap untuk acara penutup dan selepas itu pon baliklah. Mek dan Ayoh saya xdapat hadir masa acara penutup penyerahan semula anak angkat itu kerana mereka sibuk..masa pagi  gotong royong itu mek tiba2 datang ke sana.. agak terkejut jugak saya..mek cakap dia datang sebab nak bagitahu yang xdapat datang masa acara penutup nanti.. sedih sangat kan time tu.. tapi xpelah..nak buat macam mana kan..

Masa acara penutup


 Adik angkat ..Wani.. namanya sama dengan saya Wanie..hehe..
Kawan angkat .. Qamarina.


 Dengan Mek dan Ayoh.



Selepas itu kami pon bertolak pulang ke UMK.. Semua kenangan indah kami bawa pulang bersama-sama.. InshaAllah satu hari nanti akan datang semula ke sana.. tempat yang sangat2 cantik dan tenang.
Post a Comment