Pages

Thursday, August 15, 2013

Kita & Mereka

Kita.

Ahmad membesar di zaman kepesatan gajet.
Game kegemarannya tak lain tak bukan FIFA dan PES.
Secara tidak langsung, minat terhadap sukan bola sepak mula terpupuk dengan
sendirinya dalam dirinya. 
Cita-citanya mahu menjadi pemain bola terhandal.
Beruntung. Ahmad mempunyai abang abang yang mahir terhadap sukan tersebut.
Maka, sejak berumur 9 tahun lagi Ahmad sudah digelar 'Messi kecil' di kawasan perumahannya.
Ketika dia berumur 12 tahun, terdapat sesi pemilihan untuk mewakili sekolah dalam kejohanan bola sepak peringkat daerah.
Sebelum sesi pemilihan, dia sangat yakin akan berjaya dengan mudahnya.
Ahmad diberi kepercayaan untuk menunjukkan skil dan bakat dengan diberi peluang untuk bermain terlebih dahulu bersama 21 rakan yang lain berbanding berpuluh puluh peserta yang terpaksa menonton terlebih dahulu.
Tapisan pertama, dia berjaya.
Berbaki 30 orang. 10 orang lagi akan dibuang.
Ahmad berusaha bersungguh-sungguh.
Dia tahu, dia bukan 'Messi kecil' di sekolahnya.
Tapisan kedua.
Ahmad dimasukkan pemain utama. Namun, beberapa minit kemudian. Rakan-rakannya yang telah confirm dipilih telah ditukar dengan pemain lain.
Ahmad tahu bahawa prinsip seorang jurulatih.

Seorang jurulatih akan menukar pemain dengan pemain yang lain

kerana sudah berpuas hati dengan prestasi pemain tersebut.

Dan akan mengekalkan pemain yang dianggap masih belum sampai piawai

untuk membuktikan kehebatan mereka.

Akhirnya, Ahmad berjaya melepasi sesi pemilihan tersebut.
Bahkan, posisinya untouchable.
Dia tersenyum lebar. Berharap senyuman ini akan kekal untuk selama lamanya.
Tapi.
Itu kisah 6 tahun dahulu.
Kini, beliau hanya di bangku luar padang.
Bukan pemain simpanan. Tapi, penonton.
Disisihkan, kerana ramai lagi lebih berbisa.
Senyumannya suatu masa dahulu tidak kekal.


                                                            ***


Mereka.

Ahmed membesar di zaman kehancuran bangunan.
Permainan kegemarannya tak lain tak bukan bermain tipu tipu mati syahid dan tembak menembak guna lastik getah.
Cita-citanya mahu mati syahid.
Secara tidak langsung, minat terhadap aktiviti tembak menembak mula terpupuk dengan sendirinya dalam dirinya.
Beruntung. Ahmed mempunyai jiran jiran yang mahir dalam ilmu yang membolehkan cita-citanya dicapai.
Kerna abang abangnya sudah terlebih awal tiada di sisi.
Menghadap rabbi.
Maka, sejak berumur 9 tahun Ahmed sudah pandai untuk menggunakan pistol kecil seperti handgun dan membuat balingan batu yang tepat.
Ketika dia berumur 12 tahun, terdapat sesi pemilihan menjadi ahli briged al-Qassam.
Sebelum sesi pemilihan, dia sangat berdebar jika tidak dipilih.
Masakan tidak.
Menghafaz 30 juzuk Quran bukanlah segalanya, tapi perlu istiqomah solat subuh berjemaah selama 6 bulan tanpa tertinggal, solat lima waktu berjemaah, dan lazimi puasa isnin dan khamis serta sunat rawatib..!


Ahmed tahu bahawa prinsip Allah Taala.

Allah telah mengizinkan para syuhada' untuk bertemu denganNYA kerana Allah kasih pada mereka.
Dan yang masih kekal, Allah ingin melihat kesungguhan mereka sehingga mereka mencapai tahap hidup mulia atau syahid bahagia.


Tapisan demi tapisan.
Ahmed gagal.
Mungkin kerana faktor umur dan mutabaah amalnya.
Mukanya muram.
Tapi, itu 6 tahun yang dahulu.
Kini, dia senyum.
Senyum selama lamanya.
Tak akan pernah muram.
Kerana dia sudah pergi.
Pergi menghadap ilahi.



Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

(An-Nisaa' 4:74


***


Tapi, kita masih di pihak penonton dan penyokong..?
Takpa, jadi penyokong yang bersama ketika kalah dan menang.
Pemain pasti tidak bersemangat tanpa sokongan penonton dan penyokong.
Ingat, penonton dan penyokong pon mampu menjadi pemain jika bersungguh-sungguh..!

Allahu Taala A'alam.


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(A-li'Imraan 3:169


(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


#pray for egypt #pray for syria #pray for palestin #pray for arakan

Saya ambil daripada Akhi Amin ..sama2 kita muhasabah diri & jangan lupa titipkan setiap doa kita untuk saudara seislam kita disana..
Kredit pada dye k. & Jangan Lupe Kita Sama2 Aamiin kan doa ini...Terima kasih



Aamiin Aamiin......Assalamualaikum.. ^__^

Be nice here & leave your comment

No comments: