Pages

Monday, January 18, 2016

Cheezy krunchy roti sandwich

Cheezy krunchy roti sandwich| Assalamualaikum semua..lama tak update blog..maklumlah cuti sebulan di rumah..Sekarang pon Wanie masih dalam mood percutian.. InshaAllah awal bulan 2 baru balik semula ke Kelantan.. kalau ada kalangan blogger atau bukan blogger yg nk meet..together gether Whatsapp je wanie k.. kita jumpa2 berkenalan..hehe..

Hari ini Wanie nak share resepi roti sandwich.. tapi yang mana tengah diet tak boleh buat sbb resepi ini boleh menyebabkan berat anda naek berkilo kilo..hehe.. oke Wanie gurau je.. Wanie dapat resepi nie daripada kawan.. so far oke lah.. sedap..barang2 pon mudah cari dan murah je :)

Bahan2 yang diperlukan:
Roti sandwich
Sos cili
Cheese keping.. Wanie guna jenama Beqa perisa blackpaper
Mayonis
Sosej.. boleh guna bahan2 yg laen spt bebola dll.. sbb kat rumah ad yg ini,jadi Wanie guna ini sahaja untuk topping.

Cara2:

Mula2 potong sosej halus2..nak buat bentuk bujur ke bulat ke..boleh shj..suka hati.. Lepas itu letak 1 sudu minyak dan goreng sosej dalam kuali.Dah siap..angkat sosej tu letak dalam bekas.

Kalau suka makan pedas..potong lada kecil2 dan goreng sekali dgn sosej.

Selepas itu.. ambil sekeping roti dan letakkan sos..ratakan macam gambar di bawah.

Kalau suka sos blh letak lebih..suka hati..

Selepas itu.. bahagikan cheese kepada 4 bahagian dan susun mcm dalam gambar di atas.. kalau malas boleh je letak sekeping cheese atas roti tu..hehe.. tapi Wanie buat macam ini supaya cheese tu cair ke seluruh roti.. kalau rajin carik carikkan cheese dan tabur je bagi rata atas roti.. :)

Selepas itu letakkan sedikit mayonis dan ratakan..kalau suka lebih letak banyak sedikit.

Taburkan sosej yg digoreng tadi..ratakan..

Ambil sekeping roti dan letak atas.. mcm ini

Selepas itu..ap lagi..bakar lah roti tu..Wanie bakar atas kuali je..hehe..mudah dan cepat.. bukak api sederhana kecil.. dan terbalikkan roti bila bahagian bawah tu dah masak..

Taraa.... dah siap..yummmyyy..

Ambil masa 5 minit je nak buat roti sandwich ini..
Good Luck :)

No comments: