Pages

Sunday, July 14, 2013

Satu Perjalanan Satu Impian.. =)

Perjalanan ini di mulai dengan langkah...
Langkah harus lah di dahului dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..
Niat haruslah kerana Allah...
Semoga perjalanan kita di dunia yang fana ini ..sentiasa tenang dan aman...
Berpandukan al quran dan hadis....

Wahai Sahabat-sahabatku..

Jalan yang kita pilih tidak semestinya selalu tenang...
kadang-kadang ada ombaknya..
kadang-kadang ada episod duka laranya
kadang-kadang ada episod suka tawanya....
Walau apa-apa pun yang terjadi...INGATLAH ...Allah ada bersamamu sentiasa

Manusia di dunia fana ini mungkin mengenali kita..tetapi mereka tidak tahu akan episod suka/duka kita....TETAPI Allah sentiasa bersama kita sejak dari awal hingga akhirnya..


Ada Satu Cerita Ini Kami Terbaca...Mungkin Boleh Dijadikan Iktibar..=)

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya ..


La Tahzan Innallaha Maana wanie.. ;'(

Sekian,Terima Kasih...kbai..

Be nice here & leave your comment

No comments: