Pages

Friday, November 1, 2013

Apakah Maksud Zuhud?

 
 
 

Bila mendengar perkataan zuhud kebiasaannya kita beranggapan orang zuhud itu miskin, tidak berharta, tidak mengejar dunia, ulang alik masjid, tidak memandang dunia, dan seumpamanya. Betul ke itu ZUHUD?

Jom baca Hadith Nabi saw ni:
الزهادة في الدنيا ليست بتحريم الحلال ولا إضاعة الناس ولكن الزهادة في الدنيا أن لا تكون بما في يديك أوثق مما في يدي الله...

Maksud: Zuhud terhadap dunia itu bukanlah mengharamkan apa yang halal dan mensia-siakan harta. Tetapi Zuhud terhadap dunia ialah kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di tanganmu... (Riwayat al-Tirmizi)

Berkata Ibnu Ujaibah: Zuhud ialah kosongnya hati dari bergantung kepada selain Allah.

Berkata Imam Malik r.a: Zuhud itu bukanlah tidak berharta tapi mengosongkan hati darinya.

Bahkan para ulama' mengatakan orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah adalah orang yang zuhud.

Maka kesimpulannya Zuhud itu ialah tidak merasakan 'dunia ini aku yang punya', tapi dia mengambil dunia dan memanfaatkan dunia ini sebagai bekalan menuju akhirat.

Dia mengumpulkan kekayaan untuk lebih banyak bayar zakat, dapat membantu ramai yang memerlukan, dia tidak kedekut, biarpun dia memiliki kenderaan dan rumah yang besar. Sumbangannya terhadap agama juga seumpama kenderaan dan rumahnya yang besar.

Dia tidak merasakan kekayaannya itu miliknya tetapi dia lebih yakin semuanya itu pinjaman daripada Allah. Jika Allah menarik nikmat kekayaan darinya, dia tidak merasakan suatu kehilangan kerana dia tahu Allah ada bersamanya.

Dunia bukan di hatinya, dunia hanya di tangannya. Semakin banyak dunia yang diperolehnya, semakin dekat dia dengan Allah. Inilah contoh zuhudnya Sahabat Baginda saw iaitu Abdul Rahman bin Auf, seorang multi billionaire yang zuhud.

Ya, inilah erti zuhud. Tetapi jika dia merasakan dunia ini terlalu besar baginya, adalah lebih baik dia meninggalkan dunia dan mengejar akhirat yang kekal. Maka tepuk dada tanya iman kita...

Maka berZUHUDlah.

Wabillahi at Taufiq.
Wallahualam.. Sumber
Sharing is Caring :) 

No comments: