Bandung | Hai Assalamualaikum semua, kisahnya pada 4-7 Januari 2019 baru ini, Kay pergi melancong ke Indonesia bersama kawan-kawan. Trip ini fully sponsored by syarikat yang Kay kerja. Bukan saya seorang sahaja ya, ada lagi 3 orang yang menang pakej percutian ke Indonesia 😀
Hari Pertama. Kami bertolak ke KLIA 2 jam 3 pagi. Sampai airport jam 4 pagi, kami sarapan di Mc Donald dan siap2 untuk check in. Dalam jam 7.30 pagi sampai ke Bandung, Indonesia..dann tengok view ini, cantik gila wehhh..Alhamdulillah😍😍
Sampai2 je terus check out, ambik luggage dan terus ke lobby. Keluar je dari airport terus beli simkad indonesia. hikhikhik.. tak menyempat yoo..internet tu wajib ada taw😁😁. 1 simkad ini berharga dalam 75 ribu rupiah, bersamaan RM25 .
Tak lama lepas tu pak supir sampai dan kami terus menuju ke destinasi pertama.
THE LODGE WOODLAND. untuk bayaran masuk Kay tak sure lah pulak, sebab boss yang bayarkan😅😅 kalau tak salah ambik 2 lokasi dalam 70ribu rupiah. Tapi, baik korang ambik 1 lokasi je, ambik the lodge woodland je..sebab memang tak terlarat nak berjalan wehh..boss bayarkan untuk masuk ke dua tempat, tapi kami masuk 1 tempat ini je sebab tak larat berjalan😂😂
Setiap tempat untuk masuk bergambar nie kena bayar taw, siap.ada photographer yang ambil kan gambar lagi. Korang posing je cantik2, nanti dah keluar daripada sana korang boleh pilih gambar yang nak. Dia akan bagi gambar dalam bentuk softcopy, 1 gambar harganya 40 ribu rupiah kot.. yang saya ingat kalau duit malaysia dalam RM4 gitu..murah je wehh..berbaloi..
KEBUN BEGONIA | Selepas lokasi pertama, Kami terus bergerak ke lokasi kedua. KEBUN BEGONIA. Tempat ini memang cantik gila wehh.. banyak bunga-bunga , korang kalau nak shooting video atau gila ootd..memang sini lah tempat korang. Nak masuk ni pun kena bayar jugak, nanti dia akan bagi stiker untuk tampal di tangan. Dan jangan lupa ambik topi kat sebelah kanan bila masuk, wajib pakai wehh sebab panas gila. terutama bila korang datang waktu tengahari buta macam kami😂😂
Terima Kasih pak cik sporting. Memang baik gila, siap suruh kami posing macam2 gaya untuk ambil gambar😋
FLOATING MARKET. Lokasi ketiga, lepas dah penat berjalan, apo lagi..perut dah lapar wehh😂. Pak supir tu bawak kami ke floating market. Banyak gila makanan, heaven je rasa. Haha.. kalau nak beli makanan kat sini, kena guna token taw. Korang boleh tukar dekat mana2 kiosk token yang berhampiran.
Lepas floating market, kami terus gerak ke Hotel. penat gila weh berjalan dari pagi sampai malam😂. Malam tu kami pergi mall je untuk makan & then balik hotel terus terjun dalam swimming pool. haha.. sebab dah lama tak masuk kolam kan😂 . tapi aku dapat bertahan sekejap je wehh, pasal kaki kejang duduk dalam kolam..sejuk gilaa🤣🤣
check out, until we meet again Bandung😋
dengan pak supir yang bawa kami di Bandung.
HARI KEDUA | JAKARTA. Hari kedua kami dari Stasiun kereta api Bandung terus gerak ke Jakarta. Kereta api nie besar & selesa. Boleh bawa naik luggage..jangan risau😊 Masa korang nak naik kereta api untuk cari cabin, akan ada orang yang offer untuk bawak luggage korang, tapi kena bayar taw..kalau korang bawak banyak barang,aku sarankan korang bayor jela..tapi kalau barang sikit, xpayah la mengada2.. haha😂.
Mula2 tu kami tak tahu kena bayar, lepas orang tu angkat dia berdiri sebelah kitaorg mintak duit. kitaorg pun. bagi jela dalam 6 ribu rupiah gitu..sebab tak tahu kan. sekali orang tu mintak 40 ribu rupiah😂😂 . haha..tak apolah, kami bagi jela sebab dia pun dah susah payah angkat bagasi kan
view dari atas kereta api
Sampai Jakarta dah petang, kami pergi makan & tunggu Grab untuk ke Hotel. Sampai je hotel petang tu,kami siap2 dan terus ke SkyWalk Jakarta.
Lepas tu kami shopping dan makan-makan dekat dalam Mall sahaja. Malam jam 10 pm baru balik😝
HARI KETIGA| JAKARTA. Hari ketiga ini aktiviti kami shopping sahaja di Tanah Abang. Pagi selepas bersiap terus kami keluar pergi sarapan pagi, jalan-jalan dekat area Tanah Abang.
Tengahari tu kami balik ke Hotel dan bersiap-siap untuk keluar pergi Spa. Maklumlah, boss belanja kan.haha😂
Selepas balik dari Spa, kami terus gerak ke Tanah Abang untuk shopping lagi sampai lah petang. Malam tu kami pergi Mall sahaja untuk cari makan. Maklumlah ,siang tu makan dekat kedai tepi jalan jadi sakit perut😂. perut aku nie sensitif sikit
HARI KEEMPAT | JAKARTA. Hari terakhir nie, kami bangun awal pagi dan pergi sarapan di area Tanah Abang. Selepas tu terus sambung shopping lagi dekat sana. Punya la banyak tempat kami pergi sebab kawasan Tanah Abang nie memang luas sangat-sangat. Selesai shooping tengahari tu, kami balik ke hotel untuk siap-siap dan terus check out. Selepas tu kami pergi makan tengahari dan gerak ke airport..
Itu jelah perjalanan kami sepanjang di Indonesia . In Shaa Allah next trip rancang nak pergi Jogjakarta pulak.🤗🤗